Tuesday, September 20, 2016

BAB 9 SIKAP TERHADAP PENTAKSIRAN


·       Pentaksiran terdiri daripada pengukuran, pengujian dan penilaian.

·       Penilaian adalah untuk memperbaiki atau mengenal pasti kelemahan yang wujud pada pelajar melalui Penilaian Formatif dan Penilaian Sumatif.

·        Pengujian adalah suatu prosedur yang sistematik untuk menilai perlakuan, tingkah laku, kemahiran dan ilmu pengetahuan pelajar dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor.

·       Pengukuran adalah proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik berkaitan pencapaian pelajar.


9.1     JENIS-JENIS PENTAKSIRAN


Ø     Prestasi seseorang pelajar dalam sesuatu kursus ditentukan oleh himpunan peratusan markah kerja kursus dan peperiksaan akhir.

Ø     Terdapat dua bentuk penilaian di IPGM iaitu Purata Mata Gred (PMG) dan Purata Mata Gred Terkumpul (PMGT)

·       PMG adalah nilai pencapaian seseorang pelajar pada satu semester.

·       PMGT adalah purata nilai gred yang diperoleh pelajar dalam semua peperiksaan yang telah diambil.

Ø  Pentaksiran di Institut Pendidikan Guru diadakan dalam beberapa bentuk iaitu:

a.     Peperiksaan – dijalankan pada setiap akhir semester untuk subjek tertentu

b.     Kerja Kursus

c.     Penilaian Praktikum

·         penilaian pratikum di sekolah dilakukan pencerapan klinikal dijalankan beberapa kali untuk memperbaiki kelemahan proses pengajaran dan pembelajaran serta memperkembangkan potensi dan kemahiran pelajar.

·       Penilaian pratikum dilakukan berasaskan beberapa faktor iaitu (menggunakan Borang PR2):


      Faktor

      Markah (%)
      Interpersonal dan intrapersonal

       10
      Pengetahuan tentang mata pelajaran

       10
      Pengajaran dan pembelajaran

       30
      Komunikasi

       10
      Pengurursan bilik darjah

       10
      Penilaian 

       10
      Kokurikulum

       10
      Peranan-peranan lain

       10

·         
·     Penilaian internship dilakukan berasaskan beberapa faktor iaitu (menggunakan Borang PR3):

Faktor
Markah

Interpersonal dan intrapersonal


(10%)

Perancangan projek/ aktiviti


(20%)


Pelaksanaan projek/ aktiviti


(20%)

Penilaian projek/ aktiviti


(20%)

Refleksi


(20%)


d.     Penilaian Bina Insan Guru (BIG) –

·       penilaian ini dilakukan oleh pensyarah penyelia serta pentadbir sekolah tempat BIG dijalakan.

·       Penilaian ini terdiri daripada beberapa perkara berikut:

      Laporan program/ aktiviti – laporan reflektif; penilaian kendiri (pensyarah penyelia)

       (30%)
      Portfolio  – kandungan; kreativiti; kekemasan (pensyarah penyelia)


        (30%)

      Rakaman audio/ video – audio; video (pensyarah penyelia)



        (30%)


      Sahsiah – sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan (pentadbir/ sekolah)



         (10%)




  
e.     Penilaian Gerak Kerja Kokurikulum –

·       Terdiri daripada unit beruniform, sukan dan permainan, kelab dan persatuan.

·       Setiap pelajar di IPG wajib mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum.


9.2     PERSEDIAAN UNTUK PENTAKSIRAN


Ø  Terdapat beberapa bentuk pentaksiran di IPG iaitu:

o   Peperiksaan – akhir setiap semester

o   Tugasan kerja kursus – dalam semester iaitu antara 2 hingga 6 minggu mengikut jenis kursus

o   Praktikum – dijalankan pada semester 5, 6 dan 7

o   Bina insan guru – setiap semester

o   Aktiviti kokurikulum – semester 3 dan 4 untuk unit beruniform/ olahraga dan semester 1 dan 2 untuk persatuan/ kelab dan sukan/ permainan

o   Internship – dijalankan pada semester 8


Ø       Pelajar perlu menyediakan diri dengan mengumpul dan menghasilkan nota yang baik; membuat ulang kaji; memahami dan menghafal nota dan menyediakan jadual perancangan ulang kaji.

Ø    Pelajar juga perlu menyediakan diri untuk menjalani praktikum, BIG dan aktiviti kokurikulum.


Tugasan Individu dan Tugasan Berkumpulan

·       Kerja kursus dijalankan secara individu atau berkumpulan bergantung kepada kehendak soalan,

·       Dalam tugasan kerja kursus, penilaian dilakukan dalam tiga bentuk misalnya penulisan esei, persembahan dan penulisan reflektif.


Intergriti Pelajar

·       Idea yang disampaikan dalam kerja kursus mestilah idea yang asli dan bukannya ciplak.

·       Contohnya seperti penulisan esei dengan idea sendiri dan membuat laporan hasil dapatan kajian yang dijalankan setelah membuat penerokaan.

REFLEKSI:

   Dalam bab ini, saya telah mempelajari pentaksiran yang terdiri daripada pengukuran, pengujian dan penilaian.  Di IPG, terdapat pelbagai pentaksiran seperti peperiksaan, kerja kursus, penilaian praktikum, penilaina bina insan guru dan penilaian gerak kerja kokurikulum yang dilakukan.  Oleh itu, saya sedari bahawa saya perlu menyediakan diri sepenuhnya untuk menghadapi pentaksiran ini.  Dalam proses menjalankan pentaksiran ini, saya perlu sentiasa berintegriti supaya idea yang dihasilkan adalah asli dan bermutu.

0 comments:

Post a Comment

 

KEMAHIRAN BELAJAR Template by Ipietoon Cute Blog Design and Homestay Bukit Gambang

Blogger Templates