Sunday, September 25, 2016

BAB 4 TEKNIK MEMBACA



  • Membaca penting untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan dan fakta mengenai sesuatu topik. 
  • Membaca merupakan proses yang kompleks melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan.
  • Terdapat dua cara pembacaan iaitu pembacaan cepat dan pembacaan perlahan.


4.1     PEMBACAAN CEPAT (Speed Reading Technique)

Terdapat dua jenis teknik bacaan cepat iaitu:
Ø  Luncuran/ skimming
Ø  Imbasan/ scanning

a)     Luncuran/ Skimming
·       Digunakan untuk mendapatkan maklumat ringkas dan pantas mengenai sesuatu
     bahan atau teks yang dibaca.

·       Tujuannya adalah untuk mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh dan
     mendapatkan pandangan umum mengenai teks yang dibaca.

·       Luncuran dilakukan dengan membaca tajuk, pendahuluan dan rumusan serta
     membaca menggunakan pergerakan mata yang cepat.


b)    Imbasan/ scanning
· Digunakan untuk mendapat maklumat yang lebih mendalam daripada teknik luncuran

· Tujuannya untuk mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan kepada persoalan
  pembaca.

· Imbasan dilakukan dengan membaca pendahuluan dan rumusan teks secara
  mendalam sambil mencatat kata kunci dan konsep yang dinyatakan.


4.2     PEMBACAAN PERLAHAN
Teknik bacaan ini terdiri daripada dua teknik iaitu:
Ø  Teknik KWLH (Know, Want, Learned, How)
Ø  Teknik SQ3R (Survey, Question, Read, Recite, Review)

1.     Teknik KWLH (Know, Want, Learned, How)
·       Digunakan untuk membantu pembaca berfikir ketika membaca
·       Diasaskan oleh Donna Ogle pada tahun 1986
·      K – mengingat semula apa yang telah diketahui berkaitan topic yang dibincangkan.
·       W – menentukan apa yang ingin dipelajari daripada artikel berkenaan.
·       L – menyatakan apa yang dipelajari daripada bahan yang dibaca.
·       H – menyatakan bagaimana pelajar ingin meneruskan penerokaan berkaitan topik yang telah dibaca.

2.     Teknik SQ3R (Survey, Question, Read, Recite, Review)

·       Diperkenalkan oleh Robinson pada tahun 1967.
·       Teknik ini merangsang pembaca untuk menyoal maklumat yang dibaca untuk mendapatkan ilmu pengetahuan secara lebih mendalam dan membuat penerokaan.
·                  Teknik ini membantu pembaca untuk memahami dan mengingat semula         serta mengenal pasti maklumat yang dibaca.
·       S – menyemak teks yang ingin dibaca
     Q – menyoal teks yang dibaca supaya pembaca dapat memahami apa yang dibaca dengan mendalam.

    R- menyatakan semula dalam bentuk lisan berdasarkan catatan yang dibuat.     supaya pembaca memahami secara mendalam apa yang dibaca.
    R – membaca dan mencatat perkara penting yang dibincangkan dalam teks.
   R - membuat gambaran dengan menyatakan semula idea keseluruhan teks yang dibaca.


REFLEKSI:
Dalam bab ini, saya telah mempelajari teknik pembacaan cepat dan pembacaan perlahan.  Saya mendapati bahawa pembacaan cepat amat berguna kepada saya di mana saya boleh menggunakan kaedah ini apabila saya membuat ulang kaji.  Teknik ini bukan sahaja dapat menjimatkan masa, malahan pula dapat membolehkan saya membaca secara keseluruhan teks.  Melalui tajuk ini juga, saya telah memahami dengan lebih lanjut tentang pembacaan cepat dan pembacaan perlahan.  Saya berharap agar teknik-teknik yang saya pelajari ini dapat membantu saya untuk berjaya dalam akademik saya di Ipg.



0 comments:

Post a Comment

 

KEMAHIRAN BELAJAR Template by Ipietoon Cute Blog Design and Homestay Bukit Gambang

Blogger Templates