1.1 KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR
Kemahiran belajar ditakrifkan sebagai keupayaan, kecekapan atau kebolehan seseorang mendapatkan pengetahuan dan ilmu pengetahuan serta berlakunya perubahan tingkah laku dalam dirinya.
KEPENTINGAN KEMAHIRAN BELAJAR
1. Memudahkan seseorang pelajar untuk mendapatkan ilmu secara sistematik dan
bermakna.
2. Memupuk minat dan amalan suka belajar dan sentiasa meningkatkan pengetahuan dan
daya intelek sepanjang hayat.
3. Mengaplikasikan kemahiran belajar yang dikuasai dalam pelbagai situasi.
4. Memupuk disiplin kendiri pelajar.
5. Melatih pelajar membaca dengan cepat dan tepat.
6. Melatih pelajar mengumpul maklumat dengan cekap.
7. Melatih pelajar memproses maklumat dengan berkesan.
8. Meningkatkan daya ingatan pelajar.
9. Mencungkil serta mengasah bakat serta potensi seseorang.
10. Membantu pelajar memperolehi kemahiran membuat rujukan kepada pelbagai
sumber media.
11. Melatih individu menghadapi cabaran pembelajaran dan seterusnya bermotivasi
menghayati pembelajaran sepanjang hayat.
12. Melatih dan membantu pelajar supaya dapat menguruskan masa dengan sebaiknya.
1.2 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU
(IPG)
- Robert M gagne menyatakan bahawa pembelajaran bermaksud perubahan tingkah laku dalam diri individu.
- Anita E. Woofolk menjelaskan pembelajaran adalah proses apabila pengalaman menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku.
- Institut perguruan guru telah menawarkan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama setahun sebagai persediaan untuk mengikuti program PISMP.
- Dalam program PPISMP semester 1, terdapat lapan kerja kursus yang perlu dilengkapkan dalam tempoh 4-6 minggu.
- Bimbingan pensyarah sepanjang tempoh pelaksanaan kerja kursus telah membantu pelajar mengembangkan kemahiran seperti kemahiran berfikir secara kritis, kreatif, berkomunikasi dan berkolaborasi.
- Pelajar lebih berdikari dalam menyiapkan kerja kursus kerana mereka sedar bahawa markah kerja kursus akan mempengaruhi keputusan akhir bagi subjek berkenaan.
- Bagi menyiapkan kerja kursus ini, pelajar perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber seperti buku, majalah, surat khabar, jurnal dan sebagainya.
1.3 PEMBELAJARAN REGULASI KENDIRI
(SELF REGULATED LEARNING)
Pembelajaran regulasi kendiri (SRL) adalah pembelajaran yang dilakukan sendiri untuk mencapai objektif pembelajaran (Pintrich, 1995).
Model Winnie & Hadwin (1998)
tentang pembelajaran regulasi kendiri
1. memahami tugasan
2. menetapkan matlamat dan perancangan untuk mencapai
objektif pembelajaran
3. menjalankan strategi yang telah dirancang dan membuat
penambahbaikan jika perlu.
4. Membuat penilaian dan mendapatkan maklum balas berkaitan
dengan menggunakan kaedah metakognisi.
0 comments:
Post a Comment