Pengurusan pembelajaran
membincangkan aspek berkaitan:
a) Penetapan matlamat diri dan akademik
b) Pengurusan masa
c) Mengenali gaya pembelajaran kendiri
d) Strategi meningkatkan ingatan
e) Perancangan jadual belajar
2.1 PENETAPAN MATLAMAT DIRI DAN AKADEMIK
·
Boleh dilakukan
dengan menggunakan panduan SMART
·
SMART digunakan untuk
membantu individu bagi menetapkan matlamat diri dan akademik sepanjang
pengajian dan sepanjang hayat.
![Image result for panduan smart dalam menetapkan matlamat diri](https://pengurusanpembelajaran.files.wordpress.com/2016/08/05fig03.png?w=444&h=632)
Huraian terperinci tentang SMART:
S = spesifik bermaksud seseorang
individu perlu menetapkan matlamat yang spesifik dengan menjawab kesemua soalan
siapa, apa, di mana, bila, bagaimana, kenapa.
Contohnya: “saya ingin mendapat CGPA 3.75” bukannya “saya ingin mencapai
kejayaan cemerlang”.
M = matlamat yang ditetapkan mestilah
boleh diukur. Contohnya, cemerlang tidak
dapat diukur tetapi CGPA 3.75 boleh diukur.
A = pencapaian yang realistik iaitu
boleh dicapai oleh individu berkenaan.
R = matlamat yang realistiK iaitu boleh
dicapai secara berperingkat. Matlamat
yang tinggi akan meningkatkan motivasi bagi mencapai matlamat yang telah
ditetapkan.
T = matlamat yang diketahui boleh dicapai
secara berperingkat dengan usaha yang berterusan.
KEPENTINGAN MENETAPKAN MATLAMAT DIRI DAN AKADEMIK
BERTUJUAN AGAR PELAJAR:
Ø Mempunyai
fokus untuk melaksanakan tugasan dan aktiviti harian sebagai seorang pelajar.
Ø Mempunyai
tumpuan dalam peningkatan sahsiah diri ke arah lebih baik dan mengikut
keperluan sebagai seorang guru yang cemerlang.
Ø Supaya
berusaha mencapai matlamat, tujuan dan objektif dalam kehidupan.
Ø Bertanggungjawab
mencapai matlamat dan cita-cita dalam kehidupan sebagai pelajar dan bakal guru.
2.2 PENGURUSAN
MASA (TIME MANAGEMENT)
· Pengurusan
masa adalah keupayaan seseorang pelajar megurus masa yang ada untuk mencapai
kejayaan diri dan akademik.
· Kejayaan
dicapai oleh pelajar apabila pelajar:
a) dapat
menggunakan masa yang ada dengan menjalankan aktiviti yang berfaedah.
b) berjaya
menyiapkan tugasan mengikut tarikh yang ditetapkan dengan jayanya.
c) dapat
mengawal diri dan kehidupannya dengan mengawal stress.
d) dapat
menyelesaikan masalah yang dihadapi ketika menyiapkan tugasan.
e) dapat
menyiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan
f)
mengikuti program dan aktiviti yang
dianjurkan.
Pengurusan masa mempunyai prinsip latihan, kemahiran,
alatan dan sistem yang digunakan untuk membantu kita menyelesaikan kerja-kerja
dan tugasan yang perlu diselesaikan mengikut matlamat dan objektif yang telah
ditetapkan.
Berikut adalah panduan menyelesaikan tugasan mengikut
kecepatan dan kepentingan tugasan atau aktiviti berkenaan.
SEGERA
|
TIDAK
SEGERA
|
|
PENTING
|
· Menyiapkan
tugasan yang perlu dihantar esok
· Menghadapi
peperiksaan esok
· Bersolat
· Menghadiri
kuliah, amali dan pratikum
|
· Persediaan
dalam peperiksaan
· Menyiapkan
tugasan yang belum lagi perlu dihantar
· Bersukan
· Menghadiri
kursus peningkatan diri
· Membaca
buku – buku akademik
|
TIDAK
PENTING
|
· Menjawab
telefon, sms
· Menghadiri
latihan tearter
· Menghadiri
perhimpunan bulanan
|
· Melayari
facebook, twitter
· Menonton
video, TV
· Bermain
permainan komputer
· Berbual-bual
kosong
· Membeli-belah
|
1. Menyenaraikan
tugasan yang perlu diselesaikan.
2. Menyediakan
‘Checklist’ tentang tindakan yang perlu diambil dalam menyiapkan tugasan.
3. Menggunakan
kemudahan yang ada untuk memudahkan dan mempercepatkan penyelesaian tugasan.
4. Memberikan
fokus dan tumpuan sepenuhnya kepada tugasan tertentu
5. Menyenaraikan
perancangan tugasan yang perlu dilakukan pada esok hari, lusa dan seterusnya
sehingga tugasan berkenaan selesai.
6. Mencari
maklumat yang sesuai untuk membantu menyelesaikan tugasan.
7. Menetapkan
jangka masa yang tertentu untuk menyiapkan tugasan
8. Mengurangkan
masa untuk melayan laman sosial, berbual kosong dan aktiviti yang serupa
dengannya.
9. Memlilih
tugasan yang lebih penting untuk disiapkan terlebih dahulu.
10. Membuat
perancangan untuk melakukan aktiviti dalam kehidupan seharian.
· Gaya
pembelajaran ialah cara seseorang individu melakukan aktiviti pembelajaran
supaya objektif pembelajaran tercapai dengan lebih mudah dan cepat.
· Gaya
pembelajaran bergantung kepada pelajar berkenaan iaitu mengikut keselesaan dan
keminatan pelajar.
· Terdapat
beberapa model gaya pembelajaran iaitu Model Gaya Pembelajaran VARK, Model Gaya
Pembelajaran Dunn & Dunn dan Model Gaya Pembelajaran Kolb’s.
MODEL GAYA PEMBELAJRAN VARK (VISUAL, AURAL, READING-WRITING, KINESTETIC LEARNING)
· Model
VARK diasaskan oleh Neil Fleming pada tahun 2001 (Allen, Scheve & Nieter,
2011).
· Berikut
adalah penerangan gaya pembelajaran VARK
1. Visual
– pelajar belajar melalui penglihatan contohnya gambar dan poster.
2. Audio
– Pelajar belajar melalui pendengaran iaitu seperti kuliah dan penerangan.
3. Bacaan/tulisan
– Pelajar belajar melalui pembacaan dan penulisan contohnya menulis semula
nota.
4. Kinestetik
– pelajar belajar melalui pengalaman dan penglibatan dalam aktiviti pembelajaran
seperti pembelajaran luar bilik darjah.
MODEL GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN (ENVIRONMENT,
EMOTIONAL, SOCIOLOGICAL, PHYSICAL AND PHYCHOLOGICAL)
· Model
ini diasaskan oleh Dr. Rita Dunn dan suaminya, Kenneth Dunn pada tahun 1977 di
New York (Allen, Scheve & Nieter, 2011)
· Model
ini menerangkan lima dimensi rangsangan pembelajaran juga berasaskan kepada
perbezaan individu iaitu persekitaran, emosi, sosiologi dan fisiologi.
· Berikut
adalah ringkasan Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn (1993):
MODEL GAYA PEMBELAJARAN KOLB’S
![Image result for model kolb's](https://www.ipfw.edu/dotAsset/8cb072e6-f543-46d5-ab41-e9e48b3d7953.jpg)
· Model
ini deperkenalkan pada tahun 1984 berasaskan Teori Pelbagai Kecerdasan Howard
Gardner (Kahn, 2007).
· Model
ini menerangkan 7 gaya pembelajaran pelajar iaitu:
b) Musical
– music smart
c) Linguistic
– word smart
d) Bodily–
kinesthetic –body smart
e) Logical-Matematic
– logic smart
f) Interpersonel
– people smart
g) Intrapersonal
– self smart
2.4 STRATEGI
MENINGKATKAN DAYA INGATAN
Ingatan jangka pendek
· Adalah
maklumat yang disimpan dalam jangka masa 15 hingga 30 saat (Atkinson & Shiffrin, 1971).
· Boleh
ditingkatkan dengan mengulangi maklumat berkenaan.
· Kebanyakan
maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka pendek menghadapi masalah lupaan.
· Kebanyakan
orang dewasan boleh menyimpan 5 hingga 9 item dalam ingatan ini (Miller, 1956).
· Ingatan
semula dilakukan dengan menyebut semula perkara yang ingin diingati.
Ingatan jangka panjang
· Adalah
maklumat yang disimpan sehingga akhir hayat
· Kebanyakan
maklumat disimpan dalam keadaan luar sedar dan mudah diingati semula.
· Ingatan
ini juga boleh mengalami proses lupaan.
· Ingatan
semula boleh dilakukan dengan gambaran atau sebut semula (Atkinson & Shiffrin, 1968)
Strategi yang digunakan untuk meningkatkan daya ingatan
melalui beberapa teknik:
TEKNIK
|
PENERANGAN
|
CONTOH
|
Akronim
|
Menggunakan
huruf pertama dalam perkataan untuk membentuk perkataan baharu.
|
RIMBA
= reptilia, ikan, mamalia, burung, amfibia.
|
Akrostik
|
Menggunakan
huruf pertama dalam perkataan untuk membentuk ayat yang menarik.
|
Warna
pelangi (merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo, ungu) = Mak Jan Kenan
Hati Burung Indigo Unik.
|
Irama
dan lagu
|
Menggunakan
irama, pengulangan dan melodi sebagai alat bantuan untuk meningkatkan
ingatan.
|
ABCDEFGHIJK…
(bermelodi menggunakan irama twinkle, twinkle, little star).
|
Lokasi
|
Menggunakan
mercu tanda yang dikenal pasti sebagai visual.
|
Mengingati
bahagian dan fungsi jantung menggunakan model jantung dengan
bahagian-bahagian jantung.
|
Chunking
|
Teknik
yang digunakan untuk mengingat nombor yang banyak.
|
019
– 6483 1996 = bina ‘potongan’ dengan mengingat 6483 dan 1996.
|
Latihan
berulang-ulang
|
Membuat
latihan berulang kali
|
Buku
teks sejarah – hafal 5 ayat, tambah ayat ke-6 dengan mengulangi keseluruhan
ayat 1 hingga 6.
|
2.5 PERANCANGAN
JADUAL BELAJAR
![Image result for jadual belajar](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgVd5D3GjgXRfl5g84eNqWWG-ayPSDh6KLbkyUC7XxWAvwDxY0zp_-sSYgcexhzHuWJ0rhaxvPgoFrp-sZRiE0GyHOzZlqR9f7sw40HfQVvWWoiga_JFaS6rzHWtQGmXgIRVB6P3GjrUgk/s320/1472920_621675671222776_1127188318_n.jpg)
· Perancangan
jadual belajar merupakan salah satu aspek dalam pengurusan masa.
· Pengurusan masa yang baik dapat membantu pelajar supaya melakukan semua tugasan dengan cekap dan berkesan.
Refleksi:
· Pengurusan masa yang baik dapat membantu pelajar supaya melakukan semua tugasan dengan cekap dan berkesan.
Refleksi:
Dalam bab ini, saya
sedar bahawa pengurusan maklumat pembelajaran amat penting untuk memperoleh
keputusan yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Pengurusan pembelajaran termasuklah penetapan
matlamat diri dan akademik, pengurusan masa, mengenali gaya pembelajaran
kendiri, strategi meningkatkan ingatan dan perancangan jadual belajar. Bagi mencapai matlamat daya iaitu mendapat
CGPA 3.75, saya telah membuat satu jadual belajar sebagai strategi untuk
mencapai matlamat tersebut. Selain itu,
saya turut membuat ujian di laman sesawang untuk mengetahui gaya pembelajaran
kendiri yang paling sesuai untuk diri saya.
Kesimpulannya, saya berharap agar saya dapat mencapai keputusan yang
cemerlang seterusnya membanggakan kedua-dua ibu bapa saya.
Keputusan Ujian Gaya Pembelajaran Kendiri Saya
0 comments:
Post a Comment