Friday, September 23, 2016

BAB 6 KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT DAN PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS



Ø  Kemahiran memproses maklumat merupakan keupayaan dan kebolehan pelajar untuk menganalisis dan mentafsir bahan yang dibaca dan didengari.

Ø  Tujuannya supaya bahan berkenaan boleh digunakan untuk menghasilkan penulisan yang diperlukan mengikut kehendak soalan tugasan kerja kursus.


6.1         MENGANALISIS MAKLUMAT YANG DIKUMPUL

§  Bentuk maklumat yang perlu dianalisis ialah maklumat berbentuk kuantitatif dan kualitatif.

§  Maklumat kuantitatif berbentuk nombor manakala maklumat kualitatif berbentuk teks, lakaran, rajah, foto dan sebagainya.

§  Analisis berbentuk kuantitatif:

o   Data bernombor boleh dianalisis dengan kaedah seperti jadual, graf, frekuensi dan peratus.

o   Tujuannya supaya data-data berkenaan dapat diterangkan dengan jelas.

o   Data yang banyak dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS).

o   SPSS adalah software yang digunakan untuk menjalankan analisis statistik yang tinggi seperti skor min, regrasi, kolerasi.

·       Berikut adalah beberapa contoh maklumat dalam bentuk data bernombor:

                           i.          Jadual
Image result for jadual

               ii.          Graf lengkung
Image result for graf lengkung

                        iii.          Graf bar
Image result for graf bar

                        iv.          Carta pai
Image result for graf pai

                         v.          Piktograf
    Image result for piktograf


6.2       MENTAFSIR DAN MEMBUAT KESIMPULAN

       i.          Mentafsir maklumat

·       Mentafsir maklumat bermaksud memberi penerangan atau mengulas tentang sesuatu bahan.

·       Mentafsir teks adalah memberi penerangan tentang teks yang telah dibaca dengan menjelaskan maksud tersurat dan mencari maksud tersirat.

·       Mentafsir foto, gambar, grafik atau lakaran ialah mencatatkan ciri-ciri yang diperlukan menggunakan senarai semak yang disediakan.

·       Berikut merupakan langkah – langkah untuk mentafsir maklumat dalam bentuk teks:

a)    Memecahkan data kepada bahagian kecil – mengenal pasti tema yang dibincangkan.

b)    Meneliti semua data untuk mencari perkaitan – menentukan perkaitan antara tema-tema.

c)     Membezakan fakta daripada hipotesis – mengenal pasti maklumat berbentuk fakta atau andaian.

d)    Membezakan idea utama daripada idea sampingan – menentukan perhubungan antara idea utama dan idea sampingan.

      ii.          Membuat kesimpulan

·       Kesimpulan adalah gagasan yang dicapai pada penghujung perbincangan.

·       Kesimpulan dibuat berdasarkan bukti daripada maklumat yang telah dianalisis dan ditafsirkan.


6.3         MENILAI MAKLUMAT

·       Terdapat dua perkara penting untuk menilai maklumat iaitu menilai maklumat yang ingin digunakan sebagai rujukan dan menilai maklumat dalam penulisan.

·       Penilaian maklumat dalam penulisan dibuat setelah maklumat dianalisis dan ditafsirkan serta kesimpulan berdasarkan analisis ini dilakukan.

·       Menilai maklumat adalah pandangan dan idea penulis terhadap kesimpulan yang diperoleh berdasarkan pembacaan lepas berkaitan isu yang dibincangkan.

·       Penilaian dibuat berdasarkan kriteria – kriteria berikut:

                                     i.          Autoriti – kesahan dan kebolehpercayaan maklumat yang diperoleh.

                                    ii.          Ketepatan – maklumat yang tepat dapat memberikan maklumat yang berguna dan manfaat kepada pembaca.

                                  iii.          Saksama (Impartially)- bersifat adil, neutral dan tidak berat sebelah, ia memenuhi objektif pembaca.

                                  iv.          Nilai semasa (currency)- maklumat yang terkini

                                   v.          Lengkap dan jelas( coverage)- memberikan gambaran yang jelas dan lengkap tentang sesebuah isu.


6.4           PROSES MENSINTESIS MAKLUMAT


  1. MENGGABUNGKAN IDEA
  2. MENGUBAH SEMULA IDEA
  3. MENYATUKAN IDEA

REFLEKSI:
Dalam bab ini, saya telah mempelajari kemahiran memproses maklumat.  Kemahiran ini telah saya gunakan dalam penghasilan tugasan kerja kursus.  Saya sedar bahawa maklumat yang dikumpul perlu dianalisis dengan teliti agar dapat menghasilkan kerja kursus yang berkualiti.   Setelah menganalisis maklumat, kemahiran mentafsir pula digunakan untuk membuat tafsiran ke atas maklumat.  Tafsiran dilakukan mengikut pengalaman dan ilmu pengetahuan.  Seterusnya, menilai dan mensintesis maklumat dilakukan untuk menghasilkan bahan bertulis.  Melalui pembelajaran topik ini, saya mendapati bahawa kemahiran memproses maklumat amat berguna untuk mencapai keputusan yang cemerlang.

























0 comments:

Post a Comment

 

KEMAHIRAN BELAJAR Template by Ipietoon Cute Blog Design and Homestay Bukit Gambang

Blogger Templates