Saturday, September 24, 2016

BAB 5 KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA

Image result for kemahiran mengambil NOTA
·       Keupayaan mengambil nota semasa kuliah dan membaca teks adalah amat penting kepada pelajar di universiti dan institut pendidikan guru.

·       Pengambilan nota yang baik dapat membantu pelajar memahami apa yang dipelajari dan digunakan ketika mengulang kaji peperiksaan.

·       Kemahiran mencatat nota dapat ditingkatkan dengan latihan berulang kali.

·       Berikut adalah beberapa perkara penting ketika mencatat nota yang efektif:

ü  Mengetahui idea utama

ü  Mengenalpasti maklumat yang sesuai untuk ditulis

ü  Menggunakan cara yang sesuai seperti outline note atau column note

ü  Menggunakan cara menulis nota bentuk grafik

ü  Menggunakan perkataan sendiri

ü  Mencatat sumber maklumat diperoleh


5.1     CARA-CARA MEMBUAT NOTA

1.     Annotation – nota yang ditulis dalam bentuk kerangka isi penting.

2.     Outline notes – nota yang ditulis dalam bentuk isi-isi penting.

3.     Column notes – nota yang ditulis dalam bentuk kolum.

4.      Nota rumusan – nota dalam bentuk rumusan.


5.2     ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBUAT NOTA

1.     Pengurusan grafik

2.     Peta minda

3.     Pemetaan I – think

4.     Teknik menyoal aras tinggi

a.     Penyoalan sokratik

b.     Soalan bertumpu dan mencapah

c.     Lingkaran soalan

5.     Alat alat CoRT 1

6.     Alat – alat CoRT IV (Pemikiran kreatif)



1.     Pengurusan grafik

§  pemetaan atau pola penyusunan yang digunakan untuk mewakili perhubungan antara maklumat berkaitan sesuatu idea atau fokus.

§  Terdapat beberapa jenis pengurusan grafik yang digunakan dalam aktiviti pembelajaran iaitu:

a)    Membanding dan membeza

b)    Rajah jaringan

c)     Meneliti perhubungan bahagian – keseluruhan

d)    Membuat urutan mengikut pangkat

e)    Sebab & kesimpulan

f)      Rangkaian sebab

g)    Membuat keputusan

h)    Menyelesaikan masalah

2.     Peta Minda
Image result for peta minda

§  Diasaskan oleh Tony Buzan pada tahun 1984.

§  Digunakan sebagai cara untuk mencatat nota dengan ringkas dan berkesan.

§  Digunakan untuk meningkatkan daya ingatan semasa belajar.

§  Ciri-ciri peta minda adalah seperti berikut:

                                               i.          Menggunakan kata kunci

                                              ii.          Berasaskan imej

                                            iii.          Menggunakan pelbagai warna

                                            iv.          Dilukis dalam 3 dimensi

                                             v.          Lukisan dengan saiz yang berbeza - beza

3.     Pemetaan I – THINK

§     Program I – THINK adalah satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid kearah menghasilkan murid berinovasi.


§  Dalam program ini, terdapat lapan peta pemikiran iaitu:

                                               i.          Circle map
Image result for circle map


                                              ii.          Bubble map

Image result for bubble map


                                            iii.          Double bubble map
Image result for double bubble map


                                            iv.          Tree map
Image result for tree map


                                             v.          Flow map
Image result for flow map

                                            vi.          Brace map

Image result for brace map


                                          vii.          Multiflow map

Image result for multiflow  map


                                         viii.          Bridge map
Image result for bridge map


4.     Teknik menyoal soalan aras tinggi

§  Digunakan untuk menggalakkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).


§  KBAT berasaskan domain kognitif dalam Taksonomi Bloom iaitu mengingat (pengetahuan), memahami (kefahaman), mengaplikasi (Aplikasi), menganalisis (Analisis), mencipta (Sintesis) dan menilai (Penilaian).


§  Terdapat beberapa jenis soalan pada aras tinggi iaitu:


                                               i.          Penyoalan Sokratik – merangsang bentuk pemikiran secara mendalam berkaitan sesuatu konsep.

                                              ii.          Soalan Bertumpu dan Mencapah – soalan bertumpu adalah soalan yang memerlukan jawapan yang terhad dan tepat manakala soalan mencapah adalah soalan yang mempunyai pelbagai jawapan, lebih analitik dan berbetuk  sintesis.

                                            iii.          Lingkaran Soalan – merupakan soalan yang dikemukakan secara berturutan dan berhiraki.


5.     Alat-alat CoRT
§  Alat berfikir CoRT (Cognitive Research Trust) diperkenalkan oleh Professor Dr.Edward
  de Bono pada tahun 1972.
§  Terdapat enam jenis alat CoRT iaitu CoRT 1, CoRT 2, CoRT 3, CoRT 4, CoRT 5 dan
   CoRT 6.
§  Dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, Alat-alat CoRT 1 dan
   Alat-alat CoRT 4 digunakan
§  Alat-alat CoRT 1 bertujuan untuk menilai keluasan persepsi terhadap sesuatu
  yang sedang difikirkan.
§  Terdapat tujuh alat berfikir dalam CoRT 1 iaitu:
                                           i.       PMI (Plus, Minus, Interesting) – Baik, Buruk, Menarik
                    ii.     CAF (Consider All Factors) – Mempertimbangkan Faktor-faktor Lain
                 iii.   C & S (Consequence and Sequal) – Kesan dan Akibat
                  iv.   AGO (Aims, Goals, Objectives) – Tujuan, Matlamat dan Objektif
                   v.     FIP (First Important Priorities) – Keutamaan yang paling penting
                  vi.    APC (Alternative, Possibilities, Choices) – Alternative, Kemungkinan,
                       Pilihan
                 vii.    OPV (Other Point Of View) – Pandangan Pihak Lain

        §  Alat-alat CoRT 4 adalah kemahiran berfikir secara kreatif.
        §  Terdapat 10 alat CoRT 4 iaitu:

                                               i.          Yes, No & Po – betul, tidak betul dan tidak pasti

                                              ii.          Stepping Stone – penghasilan idea baharu daripada idea asal

                                            iii.          Random Input – mengaitkan dua perkara yang tidak berkaitan sama sekali secara rawak untuk menghasilkan idea yang baharu.

                                            iv.          Concept Challenges – mencabar konsep bermaksud konsep lama diubah kepada satu kerangka yang baharu berdasarkan perubahan persekitaran yang baharu.

                                             v.          Dominant Idea – idea dominan merupakan alat yang digunakan untuk mengenal pasti idea dominan sesuatu perkara, isu, peristiwa dan rancangan.

                                            vi.          Define The Problem – mendefinisi masalah digunakan unutk memahami dan mengenal pasti permasalahan yang sebenar.

                                          vii.          Remove Faults – mengasingkan kelemahan digunakan untuk melihat kekurangan, kecacatan dan kelemahan yang terdapat pada sesuatu perkara.

                                         viii.          Combination – kombinasi adalah usaha untuk menghasilkan idea baharu hasil cantuman dan gabungan pelbagai idea.

                                            ix.          Requirements – keperluan adalah unutk mengenal pasti keperluan-keperluan dalam sesuatu perkara, program, benda, produk dan peraturan.

                                             x.          Evaluation – penilaian digunakan untuk mengenal pasti baik dan buruk sesuatu perkara.


                   REFLEKSI:
                           
                          Dalam bab ini, saya telah didedahkan dengan kemahiran mengambil dan membuat nota.  Sebelum mempelajari tajuk ini, saya hanya menggunakan kaedah Annotation.  Setelah mempelajari tajuk ini, saya menggunakan pelbagai kaedah seperti outline notes, column notes dan nota rumusan untuk mencatat nota yang diberikan semasa kuliah.  Melalui catatan nota, saya dapat lebih memahami topik yang dipelajari di samping dapat menggunakannya ketika mengulang kaji peperiksaan.  Oleh itu, saya akan menggalakkan anak murid saya untuk mempraktikkan amalan mencatat nota apabila saya bergelar sebagai seorang guru kelak.

0 comments:

Post a Comment

 

KEMAHIRAN BELAJAR Template by Ipietoon Cute Blog Design and Homestay Bukit Gambang

Blogger Templates