Wednesday, September 28, 2016

BAB 1 PENGENALAN KEMAHIRAN BELAJAR



1.1   KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR

Image result for kemahiran belajar

Kemahiran belajar ditakrifkan sebagai keupayaan, kecekapan atau kebolehan seseorang mendapatkan pengetahuan dan ilmu pengetahuan serta berlakunya perubahan tingkah laku dalam dirinya.


KEPENTINGAN KEMAHIRAN BELAJAR


1.    Memudahkan seseorang pelajar untuk mendapatkan ilmu secara sistematik dan
      bermakna.
2.    Memupuk minat dan amalan suka belajar dan sentiasa meningkatkan pengetahuan dan
       daya intelek sepanjang hayat.
3.    Mengaplikasikan kemahiran belajar yang dikuasai dalam pelbagai situasi.
4.    Memupuk disiplin kendiri pelajar.
5.    Melatih pelajar membaca dengan cepat dan tepat.
6.    Melatih pelajar mengumpul maklumat dengan cekap.
7.    Melatih pelajar memproses maklumat dengan berkesan.
8.    Meningkatkan daya ingatan pelajar.
9.    Mencungkil serta mengasah bakat serta potensi seseorang.
10.  Membantu pelajar memperolehi kemahiran membuat rujukan kepada pelbagai
       sumber media.
11.  Melatih individu menghadapi cabaran pembelajaran dan seterusnya bermotivasi 
       menghayati pembelajaran sepanjang hayat.
12.  Melatih dan membantu pelajar supaya dapat menguruskan masa dengan sebaiknya.


1.2  PERSEKITARAN PEMBELAJARAN DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

       (IPG)

  • Robert M gagne menyatakan bahawa pembelajaran bermaksud perubahan tingkah laku dalam diri individu. 
  • Anita E. Woofolk menjelaskan pembelajaran adalah proses apabila pengalaman menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku.
  • Institut perguruan guru telah menawarkan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama setahun sebagai persediaan untuk mengikuti program PISMP.
  • Dalam program PPISMP semester 1, terdapat lapan kerja kursus yang perlu dilengkapkan dalam tempoh 4-6 minggu.
  • Bimbingan pensyarah sepanjang tempoh pelaksanaan kerja kursus telah membantu pelajar mengembangkan kemahiran seperti kemahiran berfikir secara kritis, kreatif, berkomunikasi dan berkolaborasi.
  • Pelajar lebih berdikari dalam menyiapkan kerja kursus kerana mereka sedar bahawa markah kerja kursus akan mempengaruhi keputusan akhir bagi subjek berkenaan.
  • Bagi menyiapkan kerja kursus ini, pelajar perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber seperti buku, majalah, surat khabar, jurnal dan sebagainya.

1.3  PEMBELAJARAN REGULASI KENDIRI

       (SELF REGULATED LEARNING)


Pembelajaran regulasi kendiri (SRL) adalah pembelajaran yang dilakukan sendiri untuk mencapai objektif pembelajaran (Pintrich, 1995). 
Model Winnie & Hadwin (1998) tentang pembelajaran regulasi kendiri
1.     memahami tugasan
2.     menetapkan matlamat dan perancangan untuk mencapai objektif pembelajaran
3.     menjalankan strategi yang telah dirancang dan membuat penambahbaikan jika perlu.
4.     Membuat penilaian dan mendapatkan maklum balas berkaitan dengan menggunakan kaedah metakognisi.



Tuesday, September 27, 2016

BAB 2 PENGURUSAN PEMBELAJARAN



Pengurusan pembelajaran membincangkan aspek berkaitan:

a)    Penetapan matlamat diri dan akademik

b)    Pengurusan masa

c)     Mengenali gaya pembelajaran kendiri

d)    Strategi meningkatkan ingatan

e)    Perancangan jadual belajar


2.1     PENETAPAN MATLAMAT DIRI DAN AKADEMIK

·       Boleh dilakukan dengan menggunakan panduan SMART

·       SMART digunakan untuk membantu individu bagi menetapkan matlamat diri dan akademik sepanjang pengajian dan sepanjang hayat.


Image result for panduan smart dalam menetapkan matlamat diri

Huraian terperinci tentang SMART:

S = spesifik bermaksud seseorang individu perlu menetapkan matlamat yang spesifik dengan menjawab kesemua soalan siapa, apa, di mana, bila, bagaimana, kenapa.  Contohnya: “saya ingin mendapat CGPA 3.75” bukannya “saya ingin mencapai kejayaan cemerlang”.

M = matlamat yang ditetapkan mestilah boleh diukur.  Contohnya, cemerlang tidak dapat diukur tetapi CGPA 3.75 boleh diukur.

A = pencapaian yang realistik iaitu boleh dicapai oleh individu berkenaan.

R = matlamat yang realistiK iaitu boleh dicapai secara berperingkat.  Matlamat yang tinggi akan meningkatkan motivasi bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

T = matlamat yang diketahui boleh dicapai secara berperingkat dengan usaha yang berterusan.

KEPENTINGAN  MENETAPKAN MATLAMAT DIRI DAN AKADEMIK BERTUJUAN AGAR PELAJAR:

Ø  Mempunyai fokus untuk melaksanakan tugasan dan aktiviti harian sebagai seorang pelajar.

Ø  Mempunyai tumpuan dalam peningkatan sahsiah diri ke arah lebih baik dan mengikut keperluan sebagai seorang guru yang cemerlang.

Ø  Supaya berusaha mencapai matlamat, tujuan dan objektif dalam kehidupan.

Ø  Bertanggungjawab mencapai matlamat dan cita-cita dalam kehidupan sebagai pelajar dan bakal guru.



2.2     PENGURUSAN MASA (TIME MANAGEMENT)

·       Pengurusan masa adalah keupayaan seseorang pelajar megurus masa yang ada untuk mencapai kejayaan diri dan akademik.   

·       Kejayaan dicapai oleh pelajar apabila pelajar:

a)   dapat menggunakan masa yang ada dengan menjalankan aktiviti yang berfaedah.

b)    berjaya menyiapkan tugasan mengikut tarikh yang ditetapkan dengan jayanya.

c)     dapat mengawal diri dan kehidupannya dengan mengawal stress.

d)    dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi ketika menyiapkan tugasan.

e)    dapat menyiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan

f)      mengikuti program dan aktiviti yang dianjurkan.

Pengurusan masa mempunyai prinsip latihan, kemahiran, alatan dan sistem yang digunakan untuk membantu kita menyelesaikan kerja-kerja dan tugasan yang perlu diselesaikan mengikut matlamat dan objektif yang telah ditetapkan.

Berikut adalah panduan menyelesaikan tugasan mengikut kecepatan dan kepentingan tugasan atau aktiviti berkenaan.



SEGERA


TIDAK SEGERA

PENTING

·       Menyiapkan tugasan yang perlu dihantar esok
·       Menghadapi peperiksaan esok
·       Bersolat
·       Menghadiri kuliah, amali dan pratikum

·       Persediaan dalam peperiksaan
·       Menyiapkan tugasan yang belum lagi perlu dihantar
·       Bersukan
·       Menghadiri kursus peningkatan diri
·       Membaca buku – buku akademik


TIDAK PENTING

·       Menjawab telefon, sms
·       Menghadiri latihan tearter
·       Menghadiri perhimpunan bulanan

·       Melayari facebook, twitter
·       Menonton video, TV
·       Bermain permainan komputer
·       Berbual-bual kosong
·       Membeli-belah



TIPS DALAM PENGURUSAN MASA (RANDEL, 2010)

1.     Menyenaraikan tugasan yang perlu diselesaikan.

2.  Menyediakan ‘Checklist’ tentang tindakan yang perlu diambil dalam menyiapkan tugasan.

3.  Menggunakan kemudahan yang ada untuk memudahkan dan mempercepatkan penyelesaian tugasan.

4.      Memberikan fokus dan tumpuan sepenuhnya kepada tugasan tertentu

5.      Menyenaraikan perancangan tugasan yang perlu dilakukan pada esok hari, lusa dan  seterusnya sehingga tugasan berkenaan selesai.

6.      Mencari maklumat yang sesuai untuk membantu menyelesaikan tugasan.

7.      Menetapkan jangka masa yang tertentu untuk menyiapkan tugasan

8.     Mengurangkan masa untuk melayan laman sosial, berbual kosong dan aktiviti yang serupa dengannya.

9.       Memlilih tugasan yang lebih penting untuk disiapkan terlebih dahulu.

10.    Membuat perancangan untuk melakukan aktiviti dalam kehidupan seharian.


2.3     MENGENALI GAYA PEMBELAJARAN KENDIRI

·       Gaya pembelajaran ialah cara seseorang individu melakukan aktiviti pembelajaran supaya objektif pembelajaran tercapai dengan lebih mudah dan cepat.

·       Gaya pembelajaran bergantung kepada pelajar berkenaan iaitu mengikut keselesaan dan keminatan pelajar.

·       Terdapat beberapa model gaya pembelajaran iaitu Model Gaya Pembelajaran VARK, Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn dan Model Gaya Pembelajaran Kolb’s.


MODEL GAYA PEMBELAJRAN VARK (VISUAL, AURAL, READING-WRITING, KINESTETIC LEARNING)

Image result for model vark

·    Model VARK diasaskan oleh Neil Fleming pada tahun 2001 (Allen, Scheve & Nieter, 2011).

·       Berikut adalah penerangan gaya pembelajaran VARK

1.     Visual – pelajar belajar melalui penglihatan contohnya gambar dan poster.

2. Audio – Pelajar belajar melalui pendengaran iaitu seperti kuliah dan penerangan.

3.     Bacaan/tulisan – Pelajar belajar melalui pembacaan dan penulisan contohnya menulis semula nota.

4.     Kinestetik – pelajar belajar melalui pengalaman dan penglibatan dalam aktiviti pembelajaran seperti pembelajaran luar bilik darjah.



MODEL GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN (ENVIRONMENT, EMOTIONAL, SOCIOLOGICAL, PHYSICAL AND PHYCHOLOGICAL)
Image result for model dunn and dunn

·     Model ini diasaskan oleh Dr. Rita Dunn dan suaminya, Kenneth Dunn pada tahun 1977 di New York (Allen, Scheve & Nieter, 2011)

·   Model ini menerangkan lima dimensi rangsangan pembelajaran juga berasaskan kepada perbezaan individu iaitu persekitaran, emosi, sosiologi dan fisiologi.

·         Berikut adalah ringkasan Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn (1993):



MODEL GAYA PEMBELAJARAN KOLB’S
Image result for model kolb's
·       Model ini deperkenalkan pada tahun 1984 berasaskan Teori Pelbagai Kecerdasan Howard Gardner (Kahn, 2007).

·       Model ini menerangkan 7 gaya pembelajaran pelajar iaitu:

a)    Spatial – picture smart

b)    Musical – music smart

c)     Linguistic – word smart

d)    Bodily– kinesthetic –body smart

e)    Logical-Matematic – logic smart

f)      Interpersonel – people smart

g)    Intrapersonal – self smart


2.4     STRATEGI MENINGKATKAN DAYA INGATAN

Ingatan jangka pendek

·        Adalah maklumat yang disimpan dalam jangka masa 15 hingga 30 saat (Atkinson &  Shiffrin, 1971).

·            Boleh ditingkatkan dengan mengulangi maklumat berkenaan.

·       Kebanyakan maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka pendek menghadapi    masalah lupaan.

·       Kebanyakan orang dewasan boleh menyimpan 5 hingga 9 item dalam ingatan ini    (Miller, 1956).

·             Ingatan semula dilakukan dengan menyebut semula perkara yang ingin diingati.

Ingatan jangka panjang

·          Adalah maklumat yang disimpan sehingga akhir hayat

·   Kebanyakan maklumat disimpan dalam keadaan luar sedar dan mudah diingati semula.

·          Ingatan ini juga boleh mengalami proses lupaan.

·     Ingatan semula boleh dilakukan dengan gambaran atau sebut semula (Atkinson &  Shiffrin, 1968)



Strategi yang digunakan untuk meningkatkan daya ingatan melalui beberapa teknik:

TEKNIK
PENERANGAN
CONTOH
Akronim
Menggunakan huruf pertama dalam perkataan untuk membentuk perkataan baharu.
RIMBA = reptilia, ikan, mamalia, burung, amfibia.
Akrostik
Menggunakan huruf pertama dalam perkataan untuk membentuk ayat yang menarik.
Warna pelangi (merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo, ungu) = Mak Jan Kenan Hati Burung Indigo Unik.
Irama dan lagu
Menggunakan irama, pengulangan dan melodi sebagai alat bantuan untuk meningkatkan ingatan.
ABCDEFGHIJK… (bermelodi menggunakan irama twinkle, twinkle, little star).
Lokasi
Menggunakan mercu tanda yang dikenal pasti sebagai visual.
Mengingati bahagian dan fungsi jantung menggunakan model jantung dengan bahagian-bahagian jantung.
Chunking
Teknik yang digunakan untuk mengingat nombor yang banyak.
019 – 6483 1996 = bina ‘potongan’ dengan mengingat 6483 dan 1996.
Latihan berulang-ulang
Membuat latihan berulang kali
Buku teks sejarah – hafal 5 ayat, tambah ayat ke-6 dengan mengulangi keseluruhan ayat 1 hingga 6.






2.5     PERANCANGAN JADUAL BELAJAR
Image result for jadual belajar

·         Perancangan jadual belajar merupakan salah satu aspek dalam pengurusan masa. 
·   Pengurusan masa yang baik dapat membantu pelajar supaya melakukan semua tugasan dengan cekap dan berkesan. 

Refleksi:
    
        Dalam bab ini, saya sedar bahawa pengurusan maklumat pembelajaran amat penting untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.  Pengurusan pembelajaran termasuklah penetapan matlamat diri dan akademik, pengurusan masa, mengenali gaya pembelajaran kendiri, strategi meningkatkan ingatan dan perancangan jadual belajar.  Bagi mencapai matlamat daya iaitu mendapat CGPA 3.75, saya telah membuat satu jadual belajar sebagai strategi untuk mencapai matlamat tersebut.  Selain itu, saya turut membuat ujian di laman sesawang untuk mengetahui gaya pembelajaran kendiri yang paling sesuai untuk diri saya.  Kesimpulannya, saya berharap agar saya dapat mencapai keputusan yang cemerlang seterusnya membanggakan kedua-dua ibu bapa saya.



Keputusan Ujian Gaya Pembelajaran Kendiri Saya




Monday, September 26, 2016

BAB 3 KEMAHIRAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN MAKLUMAT


Khalid (2000) mendefinisikan maklumat sebagai input yang diproses secara kognitif dalam mengembangkan ilmu pengetahuan di mana ilmu pengetahuan dapat menyelesaikan masalah atau membantu membuat keputusan.

3.1     PENCARIAN SUMBER MAKLUMAT

a)    Sumber manusia -  mendapat maklumat melalui temu bual dengan guru, pakar bidang, orang yang terlibat, ahli politik dan sebagainya.

b)    Media elektronik – maklumat diperoleh daripada audio visual, computer, perpustakaan dan pusat sumber.

c)     Media bercetak – bahan bercetak seperti buku, jurnal, majalah dan sebagainya.

d)    Media tiga dimensi – maklumat dalam bentuk model, boneka, terrarium yang dapat diperoleh daripada muzium.

e)    Sumber persekitaran – maklumat diperoleh melalui perubahan yang berlaku dalam persekitaran seperti bunyi, cahaya, warna, bau dan pergerakan.  Contoh: Apabila mendengar bunyi guruh, itu menandakan hujan akan turun tidak lama lagi.


3.2               PENGURUSAN MAKLUMAT

*     Maklumat yang diperoleh perlu diurus secara sistematik agar maklumat berkenaan mudah dicapai.

*     Terdapat dua jenis maklumat iaitu maklumat dalam bentuk hard copy dan soft copy.

*     Maklumat berbentuk hard copy adalah bahan bercetak seperti jurnal, surat khabar dan kamus.

*     Maklumat berbentuk soft copy adalah bahan yang didapati secara online seperti e-book dan e-jurnal.

*     Maklumat boleh diperoleh secara formal dan tidak berformal.

*     Maklumat formal iaitu sebarang maklumat yang dihasilkan secara rasmi seperti laporan.

*     Maklumat tidak formal adalah sebarang maklumat yang dihasilkan secara tidak rasmi seperti maklumat dalam facebook.


3.3     PENCARIAN DI PERPUSTAKAAN
Image result for perpustakaan

*     Pencarian bahan di perpustakaan menggunakan Online Public Access Catalogue (OPAC) dan Electronic Query Using Internet Protocol (E-QUIP).

*     OPAC dan E-QUIP digunakan untuk mengesan lokasi buku yang diperlukan dalam perpustakaan.

*     Untuk mancari maklumat di perpustakaan, pelajar boleh menghubungi pustakawan untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut mengenai pengguanaan OPAC dan E-QUIP supaya dapat mengakses bahan akademik dengan lebih cepat

3.4     PELAYARAN INTERNET

          Berikut merupakan pangkalan data untuk pendidikan:

a.     Perpustakaan Negara Malaysia -


b.     Pro-Quest: Disertation abstrak –


c.     Pro-Quest Education + Eric Plus Text – http://www.proquest.com

d.     Emerald Insight – http://www.emeraldinsight.com

e.     EbscoHost – http://search.epnet.com/login.asp

f.      Pangkalan data Tesis Malaysia – http://ptsldigital.ukm.my

g.     ERIC – http://eric.ed.gov



3.5     SUMBER PRIMER DAN SUMBER SEKUNDER

*     Sumber primer adalah maklumat asas yang diperoleh sendiri oleh oenyelidik melalui temu bual, pemerhatian, analisis dokumen dan soal selidik.

*     Sumber primer juga diperoleh daripada bahan cetakan seperti artikel, jurnal, tesis dan laporan.

*     Sumber sekunder adalah sumber maklumat yang diperoleh hasil tafsiran dan rumusan sumber primer.

*     Contoh sumber sekunder ialah maklumat yang terdapat dalam buku teks, majalah, akhbar, laman web dan sebagainya.



REFLEKSI:

    Dalam bab ini, saya telah mempelajari cara untuk membuat pengurusan maklumat secara sistematik.  Di IPG, saya telah mengakses pelbagai maklumat untuk menambahkan pengetahuan saya dalam subjek tertentu.  Oleh itu, saya perlu mengetahui cara untuk menguruskan maklumat tersebut dengan baik agar maklumat tersebut mudah dikesan semula.  Pengurusan maklumat dilakukan dengan menggunakan fail-fail dalam bentuk hard copy dan juga disimpan dalam folder komputer dalam bentuk soft copy.  Melalui pengurusan maklumat yang sistematik ini, saya dapat mengesan semula sesuatu bahan dengan lebih mudah.    

 

KEMAHIRAN BELAJAR Template by Ipietoon Cute Blog Design and Homestay Bukit Gambang

Blogger Templates